Memperkaya kehidupan bersama merupakan visi dan objektif perniagaan ELKEN. Pengurangan kemiskinan dan penderitaan, pemupukan kebergantungan diri dan pemberdayaan golongan tidak beruntung serta kurang bernasib baik melalui pendidikan dan latihan serta penggalakan semangat saling mengambil berat dan berkongsi mewakili alasan pembentukan Yayasan ELKEN.
Melalui pelbagai pendekatan dan saluran, Yayasan ELKEN membantu, menjadi rakan kongsi dan bekerjasama dengan individu dan organisasi yang mempunyai visi yang sama dalam pelbagai aktiviti demi pembaikan kehidupan dalam komuniti, masyarakat, negara dan dunia sejagat.
Sebagai sebuah organisasi bertanggungjawab sosial, ELKEN Sdn Bhd melalui usaha dan inisiatif Yayasan ELKEN berharap untuk menyumbang secara positif dan menyokong kebajikan komuniti serta inisiatif peningkatan sosial, justeru menyentuh kehidupan umum dan memberikan impak positif kepada komuniti di dalam negara-negara di mana ELKEN beroperasi.
Dengan itu, legasi yang ingin ditinggalkan oleh Yayasan ELKEN ialah memori mereka yang telah merasai impak positif kasih sayang, kepercayaan, belas kasihan dan sifat kemanusiaan.